07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Burdah merupakan syair-syair indah memuji Rasulullah SAW yang dikarang oleh Sheikh Said Al Busairi lebih 800 tahun yang lalu. Mengikut pengalaman para ulama, antara kelebihan membacanya ialah dapat menyembuhkan penyakit dan mengelak daripada bala bencana (dengan izinNya).

Oleh itu, satu Majlis Bacaan Burdah telah dijalankan di Dewan Platinum ILPPG untuk memupuk amalan ini di kalangan pelajar di samping dapat mensyariatkan lagi aktiviti keagamaan antara waktu Maghrib dan Isyak. Moga dengan keberkatan berselawat dan memuji Nabi ini Allah SWT memelihara warga ILPPG daripada wabak penyakit.

Skip to content