Majlis ini telah dijalankan bertempat di Dewan Kuliah Utama ILPPG. Bertujuan memberikan penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Turut diadakan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar terbaik bengkel, Anugerah Pelajar Mithali dan Tokoh Inspirasi ILP Pasir Gudang. Saudara Mohamad Aidil Bin Normat (Bahagian Minyak & Gas-Mekanikal) telah dipilih sebagai Tokoh Pelajar ILP Pasir Gudang.
Majlis ini sangat istimewa kerana diselitkan upacara “Akad Halal Ilmu” dimana wakil-wakil pelajar memohon halal ilmu daripada pengajar melalui Ketua Bahagian. Di akhir slot, Majlis Perwakilan Pelajar telah menghadiahkan “Warkah Terakhir Buat ILPPG”.
