07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perasmian Projek Tenaga Elektrik Solar, Perkampungan Rumah Rakit Tanjung Surat, Johor telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Muazzam bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif BIMB & Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof.Ts.Dr.Mohd Hamdan Haji Ahmad. Turut hadir adalah Ketua Pengarah JTM, Tuan Shakib bin Ahmad Shakir, Pengarah ILP Pasir Gudang, Tuan Hj Sarman bin Rawan dan Pengarah ILP Kepala Batas, Encik Zamzuri bin Hassan.

Projek ini telah mendapat tajaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui program Sadaqa House. Sebanyak 13 rumah rakit telah dipasang dengan sistem solar PV yang menelan kos RM87,800. Projek Tanggungjawab Sosial Koprat (CSR) Tenaga Elektrik Solar Perkampungan Rumah Rakit Tanjung Surat, Johor ini dilaksanakan bersama rakan kolaborasi utama, Sekolah Kejuruteraan Elektrik UTM Skudai.

Projek ini turut dibantu rakan TVET lain iaitu Politeknik Ibrahim Sultan, Politeknik Port Dickson & Kolej Komuniti Segamat 2. Ia merupakan medium terbaik bagi pengajar & pelajar ILJTM mempraktikkan pembelajaran di dalam kelas ke lapangan sebenar. Selain itu, ia dapat memupuk semangat membantu komuniti dikalangan warga ILJTM.

Skip to content