07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Permulaan Sesi 1/2024

Selamat datang Pelajar Baru ILPPG Sesi 1/2024. Tahniah kerana berjaya menjadi salah seorang dari kami Warga ILP Pasir Gudang.

PAUTAN PELAJAR

Training Management System :

Keputusan Peperiksaan Online & Web OPAC  Semak

** Pilih Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang

** Masukkan NDP anda sebagai Username dan No KP anda sebagai Password

Sistem e-Kajian Pengesanan (Kebolehkerjaan) :

eTOS Graduan ILJTM

Permohonan Kursus Jangka Pendek:

Permohonan Online

Maklumbalas pelajar terhadap Pusat Bertauliah:

Sistem MySpike

 

PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI ILPPG

Sebelum LI

Pelajar-pelajar yang layak menjalani Latihan Industri (LI), perlu menghantar permohonan penempatan LI kepada industri dan menyerahkan maklumbalas industri kepada Bahagian Khidmat Komuniti Sokongan & Pekerjaan (CESS).

Semasa LI

Pelajar tidak dibenarkan bertukar atau berpindah tempat latihan kecuali mendapat kelulusan dari pihak CESS institut. Jika para pelajar menghadapi atau mempunyai sebarang masalah, sila hubungi atau kemukakan kepada Pegawai CESS.

Borang Pengesahan Lapor Diri LI perlu dihantar ke Bahagian CESS 1 minggu selepas melapor diri di Industri. Muatturun dokumen berkaitan:

  1. Borang Pengesahan Lapor Diri LI
  2. Borang Kehadiran LI
  3. Panduan Penulisan Laporan LI
  4. Borang Lawatan & Penilaian Majikan (BK-T11-03)

Rekod kehadiran pelajar semasa LI hendaklah dihantar ke Bahagian CESS institut setiap bulan selepas pengesahan majikan pada minggu pertama bulan berikutnya. Bagi pelajar yang gagal menghadiri latihan kurang daripada 90%, maka Latihan Industri dianggap GAGAL.

Di akhir bulan dalam tempoh LI, pelajar akan dilawati oleh Pegawai Penilai Latihan Industri (PPLI) institut. Sila pastikan Borang Lawatan Penyeliaan & Penilaian Majikan dan Borang Pemarkahan LI diisi oleh majikan dan juga PPLI bertugas.

Selepas LI

Setelah 2 minggu tamat tempoh LI pelajar perlu melapor diri ke Bahagian CESS institut dan membawa bersama Buku Log LI.

Rujuk Buku Panduan LI untuk maklumat lanjut dan juga Panduan Pengurusan LI ILJTM.

Skip to content