07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

BINA MASA DEPAN ANDA DI KAMPUS SENAI

TVET pilihan bijak untuk masa depan yang luar biasa

Sertai kami di ADTEC JTM Kampus Senai di mana kemahiran diajar mengikut keperluan industri.

ADTEC JTM KAMPUS SENAI

Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) JTM Kampus Senai menyediakan pendidikan dan latihan teknikal yang berkualiti tinggi serta diiktiraf kerana kemudahannya yang moden, tenaga pengajar yang berpengalaman, kurikulum yang menyeluruh dan berpaksikan keperluan industri terkini.

Terokai Kampus Senai

Kampus Pintar

Dilengkapi dengan teknologi kelas pintar terkini, memberikan pengalaman digital sebenar di dalam industri moden

Tenaga Pengajar Pakar

Pengalaman belajar dari pengajar pakar memberi impak kepada perjalanan kerjaya cemerlang dalam pelbagai sektor industri

Fasiliti Moden

Auditorium yang lengkap, bilik kuliah pintar serta akses kemudahan asrama yang selesa dan moden

Kursus Yang Ditawarkan

Teknologi Rekabentuk Produk Industri

Pelajar diajar menyediakan pelan komponen mekanikal dan merekabentuk produk dalam lukisan 2 dan 3 dimensi menggunakan perisian CAD dan CAM seperti AutoCAD, Inventor dan NX

Teknologi Elektronik Industri

Pelajar akan diajar berkaitan asas elektronik, sistem analog dan digital, programmable logic controller (PLC), mikro pemproses dan penghasilan projek elektronik

Aktiviti Terkini

PERBINCANGAN MAJLIS PEMBUKAAN DAIKIN ACADEMY DI ADTEC JTM KAMPUS SENAI

15 Oktober 2025 - Sesi perbincangan antara pihak pengurusan dengan Daikin telah diadakan bagi merangka pelaksanaan Majlis Pembukaan Daikin Academy di ADTEC JTM Kampus Senai. Fokus utama meliputi: ✅ Tarikh cadangan majlis & atur cara rasmi✅ Kehadiran tetamu...

PERTANDINGAN FUTSAL ADTEC JTM KAMPUS SENAI 2025

14 OKTOBER 2025 - Pertandingan Futsal ADTEC JTM Kampus Senai telah berjaya diadakan bertempat di Gelanggang Futsal Taman Beringin, Senai. Program ini melibatkan penyertaan daripada empat pasukan, terdiri daripada 2 pasukan Teknologi Elektronik Industri dan 2 pasukan...

LAWATAN DARI STRATEGIK MODAL INSAN NEGERI JOHOR KE ADTEC JTM KAMPUS PG & KAMPUS SENAI

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai menerima lawatan daripada Strategik Modal Insan Negeri Johor yang diketuai oleh En. Zuhair bersama pasukan beliau pada 13 & 14 Oktober 2025. Lawatan ini bertujuan meninjau kemudahan latihan yang telah disumbangkan oleh pihak...

LAWATAN & TEMUDUGA KERJAYA OLEH WIWYNN TECHNOLOGY SERVICE

ADTEC JTM Kampus Senai hari ini (14 Oktober 2025) menerima kunjungan daripada Wiwynn Technology Service, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Taiwan yang terkenal dalam pembuatan dan penyelesaian sistem pelayan (server systems) untuk pusat data global dan...

PASUKAN ROBOT ADTEC JTM KAMPUS PG & SENAI CEMERLANG DI UNIKL ROBATTLE COMPETITION 2025

IPOH, 12 Oktober 2025 – Pasukan Robot (SCORP) ADTEC JTM dari Kampus Pasir Gudang dan Senai mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih gelaran Naib Johan dalam kategori Robot Combat 8kg dalam pertandingan UNIKL Robattle Competition 2025, yang berlangsung...

KUNJUNGAN HORMAT WAKIL PENGURUSAN INTAKE JAWAHIR KE ADTEC JTM SENAI

Senai, 6 Oktober 2025 – ADTEC JTM Kampus Senai telah menerima kunjungan hormat daripada wakil pengurusan INTAKE Jawahir dari Kumpulan Pendidikan Jawahir, sebuah institusi yang menjalankan program pengajian Tahfiz berteraskan TVET. Kunjungan ini bertujuan mendapatkan...

TRIAL RUN PROGRAM ACCT @ ADTEC JTM KAMPUS SENAI

Trial Run bagi Program ACCT telah berjaya dijalankan di ADTEC JTM Kampus Senai pada 29–30 September 2025 sebagai langkah persediaan sebelum pelaksanaan rasmi program dengan sokongan padu daripada pihak industri. Trainer ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai...

SEMINAR MALAYSIA ENERGY LITERACY PROGRAMME (MELP)

Program Literasi Tenaga Malaysia (MELP), yang anjuran Bahagian Komunikasi Pelanggan & Jalinan Pihak Berkepentingan, Bahagian Runcit Tenaga Nasional Berhad (TNB), dengan kerjasama Jabatan Tenaga Malaysia (JTM) di bawah Kementerian Sumber Manusia, bertujuan memupuk...

PEMBENTANGAN HALATUJU ADTEC JTM KAMPUS SENAI KEPADA KP JABATAN TENAGA MANUSIA

Putrajaya, 30 September 2025 – Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts Dr Haji Azli Amin bin Ahmad Raus, telah mengetuai delegasi institut bagi membentangkan hala tuju ADTEC JTM Kampus Senai kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Datuk Rospiagos...

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH URUSAN SATAKE TECHNOLOGIES SDN BHD

Isnin, 29 September 2025 – ADTEC JTM Kampus Senai telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Urusan SATAKE Technologies Sdn Bhd, Dato’ J. Palaniappan, bersama Encik Navanethan, Pengurus Operasi, dan Encik Selvakumaran, Pengurus Cawangan Johor Bahru. Ketibaan...
Skip to content